Zikir

1. TAKBIR
Takbir berasal dari kalimah kabbara yang bermaksud, mengucapkan Allahu akbar (ALLAH Maha Besar).
2. TAHMID
Berasal dari kalimah hamida bermaksud mengucapkan alhamdulillah (segala puji bagi ALLAH).
3. TAHLIL
Tahlil ialah mengucapkan laailaaha illallah (Tiada TUHAN selain ALLAH).
4. TASBIH
Tasbih berasal daripada perkataan sabbaha, iaitu mengucapkan Subhanallah (Maha Suci ALLAH).

5. ISTIGHFAR
Istighfar pula mengucapkan astaghfirullah (Aku memohon ampun kepada ALLAH).
6. ISTI'AZAH
Isti'azah ialah mengucapkan a'uuzubillahi minasysyaitaanirrajim (Aku berlindung dengan ALLAH daripada syaitan yang direjam).
7. BASMALAH
Mengucapkan bismillahirrahmaanirrahim (dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang).

Al Fekah Dan Pengertian

1. FATWA, MUFTI DAN QADI Fatwa ialah pemberitahuan sesuatu hukum syarak kepada orang yang bertanya tanpa mewajibkan orang itu mengikut fatwa yang telah dikeluarkan. Mufti pula orang yang memberitahu sesuatu hukum kepada orang lain. Mufti tidak berhak memaksa orang yang mendengar itu mengikut fatwa yang telah diberikan. Qadi ialah orang yang memberitahu sesuatu hukum syarak terhadap sesuatu perkara dengan mewajibkan pihak yang terlibat itu mengikut keputusannya. Lebih tepat jika ia disamakan dengan hakim. Bezanya, hakim pada zaman salafussoleh dahulu amat berkuasa berbanding hakim yang ada pada hari ini. Ini Berbeza dengan kadi di Malaysia yang tugasnya hanya tertumpu kepada masalah nikah kahwin.
2. IJTIHAD Segi bahasa bermaksud berusaha bersungguh-sungguh. Dari segi syarak pula bermaksud berusaha sedaya upaya menghasilkan hukum syarak daripada sumber aslinya, iaitu al-Quran dan Sunnah. Tidak semua orang boleh berijtihad. Hanya para ulama yang memiliki ciri-ciri tertentu sahaja yang boleh melakukannya. Antara ulama mujtahid yang terkenal ialah Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal.
3. IJMAK Ijmak menurut ulama usul ialah Ittifaq (persetujuan) seluruh mujtahidin (tokoh-tokoh ijtihad) dari umat Muhammad s.a.w, selepas kewafatan baginda s.a.w, pada sesuatu zaman, terhadap sesuatu hukum syarak.
Ijmak tidak akan berlaku melainkan setelah seluruh para ulama mujtahid (tokoh-tokoh ijtihad) pada sesuatu zaman, bersepakat dalam menentukan hukum bagi sesuatu masalah. Tidak terkecuali seorang pun. Ertinya jika seorang sahaja yang membangkang, maka tidak dianggap ijmak.
4. ITTIBA' Dari Segi BahasaIttiba' dalam bahasa Arab bermaksud mengikut.Darinya IstilahMengambil pendapat atau mengikut perbuatan seseorang dengan mengetahui dalil atau hujahnya.Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Janganlah bertaqlid kepadaku, Malik, al-Thawri, mahupun al-Awza;i tetapi ambillah daripada sumber yang mereka ambil (dalil).”

5. JUMUD Jumud berasal daripada perkataan jamad,yakni benda keras yang tidak bernyawa. Dari segi istilahnya, ia boleh diertikan dengan berotak beku, sempit, pemikiran masih dijajah atau sebagainya. Kalau dalam Islam, ia dikaitkan dengan satu bentuk pemikiran yang tidak terbuka menerima sesuatu berubahan yang diizinkan syarak.
6. TALFIQ Talfiq bermaksud mencantumkan. Contohnya, mencantumkan dua bahagian kain untuk dijadikan pakaian.Talfiq juga membawa erti sepakat dalam sesuatu urusan. Contohnya talaafaqa al-Qawm bermaksud, telah sepakat kaum itu dalam urusan mereka. ahadith mulaffaqah bermaksud cerita yang telah ditokok tambah sehingga menjadi indah. Dengan kata lain, Talfiq bererti mengumpulkan dua atau banyak menjadi satu.Dari Segi IstilahTalfiq bererti menggabungkan dua mazhab atau lebih dalam satu-satu masalah. Contohnya, orang yang berwuduk membasuh sedikit kepalanya berdasarkan Mazhab Syafie. Kemudian, menyapu sahaja kakinya, tanpa membasuhnya mengikut sesetengah ulama. Kemudian menyentuh perempuan ajnabi tetapi wuduknya tidak batal dengan mengambil Mazhab Abu Hanifah.
7. TAQLID Dari Segi BahasaMenurut Bahasa Arab, Taqlid bermaksud mengikat sesuatu barang. Antaranya, al-Taqlid fi al-Din yang bermaksud, Taqlid dalam beragama. Dengan kata lain, mengikat diri dengan agama itu.Dari Segi IstilahMenerima pakai sesuatu pendapat atau pandangan tanpa hujah dan dalil.

Pengertian Hadis

ISTILAH ILMU & HADIS
1. HadisHadis berasal dari perkataan al-Hadits bermaksud 'baru' atau 'kata-kata'. Dari segi istilah, bermaksud, sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w sama ada berbentuk perkataan, perbuatan atau sifat.
2. Al-KhabarAl-Khabar dari segi bahasa bermaksud al-Nabak, iaitu berita. Dari segi istilah ia terbahagi kepada tiga maksud:a. Sama makna dengan hadis, iaitu sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w sama ada berbentuk perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat.b. Sesuatu yang berlawanan dengan maksud hadis, iaitu perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat yang datang daripada selain baginda.c. Sesuatu perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat yang datang daripada baginda atau selain baginda.
3. Al-AtsarDari segi bahasa bermaksud kesan sesuatu. Manakala dari segi istilah pula, ia bermaksud, sesuatu perkataan atau perbuatan sahabat dan tabiin.4. SanadDari segi bahasa bermaksud, tempat sandaran. Manakala dari segi istilah pula iaitu, urutan atau rantaian para perawi hadis yang bersambung sehingga kepada matan (isi kandungan) hadis.
5. MatanDari segi bahasa bermaksud sesuatu yang keras dan tinggi daripada permukaan bumi. Dari segi istilah pula, iaitu sesuatu yang terletak di akhir sanad atau dalam bahasa mudahnya, isi kandungan atau inti pati hadis yang biasanya terletak selepas nama perawi terakhir dalam satu hadis.
6 MutawatirMutawatir dari segi bahasa bermaksud berturut-turut. Dari segi istilah, Hadis Mutawatir bermaksud, hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w oleh ramai perawi sama ada di kalangan sahabat, tabiin, tabi' tabiin atau selepas itu. Sehinggakan mustahil pada adatnya kita boleh menutuh kesemua mereka berbohong. Contoh Hadis Mutawatir ialah sabda Rasulullah s.a.w: "Sesiapa yang berbohong ke atasku dengan sengaja, maka tempahlah tempatnya di dalam api neraka."
7. AhadAhad dari segi bahasa bermaksud satu. Dari segi istilah pula, hadis yang tidak mencapai darjat Hadis Mutawatir. Kebanyakan hadis yang sampai kepada kita termasuk Hadis Ahad. Ia boleh jadi sahih, hasan ataupun daif. Jika bermartabat sahih atau hasan, ia menjadi hujah dalam syarak. Jika sebaliknya, ia tidak boleh dijadikan pegangan.
8. SahihSahih dari segi bahasa bermaksud, sihat, iaitu berlawanan dengan sakit. Dari segi istilah, hadis yang bersambung sanadnya daripada perawi yang adil (tidak berterusan melakukan dosa kecil dan menghindari dosa besar), kuat daya ingatan, daripada mula sanad sehingga akhir, tanpa keganjilan atau kecacatan yang boleh menggugat kesahihan hadis.
9. HasanHasan dari segi bahasa bermaksud hadis yang baik. Dari segi istilah pula, hadis yang diriwayatkan secara bersambung sanadnya oleh perawi yang adil (tidak berterusan melakukan dosa kecil dan menghindari dosa besar), kurang sedikit daya ingatannya berbanding perawi hadis sahih, daripada mula sanad sehingga akhir, tidak ganjil dan tidak ada kecacatan yang boleh menggugat kesahihan hadis.
10. DaifDaif dari segi bahasa, lemah atau sesuatu yang berlawanan dengan kuat. Dari segi istilah pula, hadis yang tidak sampai kepada martabat hasan kerana tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

11. Maudhu' (Palsu)Hadis Mudhu' atau hadis palsu ialah sesuatu perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w secara dusta. Sedangkan hakikatnya baginda tidak ada kaitan dengan semua itu.
12. Hadis QudsiHadis Qudsi ialah sesuatu yang disandarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada ALLAH. Ia dinamakan hadis qudsi (suci) kerana ia berbeza dengan hadis-hadis yang biasa kita dengar daripada Nabi s.a.w; di mana baginda menyandarkan kata-kata baginda terus kepada ALLAH.Al- sayyid al-Sharif al-Jurjani (w 816 H.) memberikan takrifan berikut kepada hadis qudsi: "Hadis yang suci, maksudnya datang daripada ALLAH, perkataannya daripada baginda sendiri. Ia melalui wahyu atau mimpi tetapi disampaikan oleh baginda mengikut perkataannya sendiri." Ia tidak sama dengan al-Quran kerana kitab suci itu diturunkan oleh ALLAH melalui perkataan dan maksud daripada ALLAH sendiri. Al-Quran diturunkan secara mutawatir (tidak tiragui sama sekali isi kandungannya). Sedangkan hadis Qudsi terdapat yang sahih, hasan dan daif dan palsu. Contoh hadis qudsi:Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w melalui apa yang diriwayatkan daripada TUHANnya:"Setiap amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-KU. Maka AKU sendiri yang akan membalasnya. – Riwayat al-Bukhari.
13. SunnahDari segi bahasa, ia bermaksud, jalan atau cara. Sementara dari segi istilah pula, para ulama berbeza pendapat dalam memberikan takrifannya. Menurut Ulama Usul Fiqh:Sesuatu yang bersumberkan Rasulullah s.a.w sama ada berbentuk perkataan, perbuatan atau pegakuan.Menurut Ulama Hadis:a. Sebahagian mereka memberikan takrifan yang sama dengan ulama usul fiqh di atas.b. Merangkumi perkatan, perbuatan, dan pengakuan Rasulullah s.a.w, sahabat dan tabiin.Menurut Ulama Fekah:Sama maksud dengan sunat, iaitu suatu amalan yang tidak wajib dilakukan tetapi, jika ia dilakukan akan disukai ALLAH dan mendapat pahala di sisi-NYA.
14. Bid'ahBidaah dari segi bahasa menurut al-Raghib al-Asfahani, melakukan sesuatu tanpa contoh atau teladan. Contoh bid'ah (mencipta) ialah membuat pembangunan, teknologi canggih, kereta, internet, kemajuan dan sebagainya merangkumi rekaan terkini. Dari segi istilah pula, iaitu mengaitkan kepada agama sesuatu yang bukan daripadanya. Atau dengan kata lain, memasukkan sesuatu ke dalam agama sedangkan ia sebenarnya bukan daripada agama.Setiap ciptan baru yang dikaitkan dengan agama dianggap bid'ah dari segi bahasa dan istilah. Tetapi, jika ciptaan itu tidak dikaitkan dengan agama atau syariat, seperti ciptaan-ciptaan moden yang terkini, maka ia dianggap bid'ah dari segi bahasa bukan istilah syarak.
15. Hadis ThabitMenurut ulama hadis, hadis thabit ialah semua jenis hadis sahih dan hadis hasan pada menilaian ulama hadis.

Al Imam

IMAM NAWAWI
Namanya: Ialah Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu al-Nawawi. Lahir di Damsyiq, Syam pada bulan Muharram tahun 631 Hijrah. Menghafaz Quran sejak dari kecil. Setiap hari beliau mempelajari sebanyak 12 mata pelajaran dalam berbagai jurusan ilmu agama.
Antara karyanya Targhibul Musytaqin,Fat-hus Shamadil `Alim,Syarah Miraqil `Ubudiyah,
Madarijus Su'ud ila Iktisa'il Burud, Hidayatul Azkiya' ila Thariqil Auliya', Fat-hul Majid fi Syarhi Durril Farid,Bughyatul `Awam fi Syarhi Maulidi Saiyidil Anam,
Syarah Tijanud Darari, Syarah Mishbahu Zhulmi `alan Nahjil Atammi,Nasha-ihul `Ibad,
Al-Futuhatul Madaniyah fisy Syu'bil Imaniyah.

IMAM AS SHAFIE
Nama asal Imam Shafie ialah Al‐Imam Abu Abdullah Muhammad bin Idris al‐Qurasyi al‐Hasyimi al‐Muttalibi bin al‐Abbas bin Othman bin Syafii. Beliau berbangsa Quraisy dan berketurunan Nabi Muhamad SAW. Mengikut pendapat sepakat ulama, Imam Shafie dilahirkan pada tahun 150 Hijrah. Tarikh kelahirannya bertepatan pada tahun kewafatan Imam Abu Hanifah (Pauzi 1989; Siradjuddin 1991).

IMAM ABU HANIFAH
Imam Abu Hanifah atau nama sebenarnya Nu'man bin Tsabit bin Zhuthi' lahir pada tahun 80H/699M di Kufah, Iraq, sebuah bandar yang sudah sememangnya terkenal sebagai pusat ilmu pada ketika itu.Dan beliau wafat pada bulan Rajab pada tahun 150 H dengan usia 70 tahun.

IBNU TAMIYYAH
Nama penuhnya ailah Taqiyyudin Ahmad bin Abdilhalim bin Taymiyyah.
Lahir di Harran, 22 Januari 1263 M (10 Rabiul Awal 661), keluarganya dikenal sangat berpengetahuan. Ayahnya bernama Abdul Halim.Antara muridnya Ibnu Qayyim al Jauzuyah.
Diantara karya-karyanyayang terkenal dan tersebar luas adalah Al Hisbah wamasuliyatul Hukumah al Islamiyah, Al Ikhtiyaratul Fiqhiyat, Kitabul Imam, Kitab at-Tawasul wal Wasilah, Majmu' Fatawa Syaikhul Islam Ahmad Ibnu Taymiyah, Majmu;atu Rasaili Kubro, Al-qawaidun Naraniyah, As-Siyasah asy-Syar'iyah fi Ishlahir Ra'i war-Ra'yah, dan sebagainya.

IMAM AHMAD HAMBAL
Imam Abu Abd Allah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal dilahirkan di Baghdad pada tahun 164H/781M. Ayahnya seorang mujahid Islam dan meninggal dunia pada umur muda 30 tahun.

Ahmad kemudiannya dibesarkan oleh ibunya Saifiyah binti Maimunah. Ahmad bin Hanbal menghafal al-Qur抋n sejak kecil dan pada umurnya 16 tahun dia sudah menjadi penghafal hadis yang terkenal. Ahmad bin Hanbal meneruskan pengajian hadisnya dengan sekian ramai guru dan beliau pada akhir hayatnya dijangkakan telah menghafal lebih daripada sejuta hadis termasuk barisan perawinya.
Ahmad bin Hanbal menghafal al-Quran sejak kecil dan pada umurnya 16 tahun dan penghafal hadis yang terkenal.
Kematiannya pada tahun 241H/856M. Ahmad bin Hanbal meninggalkan kepada dunia Islam kitab hadisnya yang terkenal iaitu al-Musnad yang mengandungi lebih kurang 30,000 hadis Rasulullah shallallahu.Dua orang anaknya yang utama meneruskan perjuangan ayah mereka, iaitu Abd Allah bin Ahmad dan Salih bin Ahmad.

IMAM MALIK
Imam Malik yang bernama lengkap Abu Abdullah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amr bin Haris bin Gaiman bin Kutail bin Amr bin Haris al Asbahi, lahir di Madinah pada tahun 712 M dan wafat tahun 796 M. Berasal dari keluarga Arab terhormat, berstatus sosial tinggi, baik sebelum maupun sesudah datangnya Islam. Tanah asal leluhurnya adalah Yaman, namun setelah nenek moyangnya menganut Islam, mereka pindah ke Madinah.
Di antara anak-anak murid beliau yang masyhur ialah Abd al-Rahman bin al-Qasim al-Tasyri (191H/807M), Ibn Wahhab Abu Muhammad al-Masri (199H/815M) dan Yahya bin Yahya al-Masmudi (234H/849M).


IMAM GHAZALI
Imam Al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan 1058 Masihi di at-Taabiran/Ghazalah di bandar Tus, Khurasan (Iran).b.Nama sebenarnya ialah Abu Hamad Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali.
Beliau digelar "Al-Ghazali" bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing (al-Ghazzal). Ada yang mengatakan mengambil sempena kampung kelahirannya, Ghazalah.d.Beliau berasal dari keluarga yang miskin. Bapanya merupakan seorang ahli Sufi yang sangat warak.Bapanya mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu ingin melihat anaknya menjadi orang alim dan soleh.e.Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir dan ahli falsafah Islam yang terkemuka hinggakini.f.Beliau meninggal dunia pada hari Isnin 14 Jamadilakhir tahun 505 Hijrah ( 1111M) di Tus danjenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya.Imam Al-Ghazali mempunyai daya hafalan dan ingatan yang kuat dan bijak berhujah.Beliau menguasai berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan.

Hasil karya beliau yang terkenal ialah Ihya Ulumiddin yang merangkumi ilmu akidah, fikah,falsafah, akhlak dan tasawuf.Segala hasil-hasil tulisan beliau telah mempengaruhi ahli fikir Islam selepasnya, seperti Jalaluddinar-Rumi, Syeikh Al-Ashraf, Ibnu Rusyd dan Syah Waliyullah.Kebanyakkan hasil-hasil karya Imam Al-Ghazali berbentuk falsafah. Oleh hal yang demikianpengkaji-pengkaji Barat menganggap, Imam Al-Ghazali adalah seorang ahli falsafah. Antara hasilhasil karya beliau yang lain termasuklah: Ihya Ulumiddin,Al-Munqiz Min ad-Dalali, Mizanul-amal.Tahafut al-Falasifah.Hidayah Al-Salikin,Jawahir Al-Quran.Minhaj al-Abidin,asma Allah al-Husna.Ayyuha al-Walad.

IMAM BUKHARI
Imam al-Bukhari dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di bandar Bokhara, di bahagian timur negeri Turkistan. Bapanya meninggal dunia semasa ia masih kanak-kanak, dan ibunya membesarkan beliau bersendirian. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan penuh ihsan serta berkorban apa sahaja untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada beliau.
Semasa kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah teserlah. Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa serta mempunyai kesungguhan dalam pelajarannya. Diriwayatkan bahawa ketika di dalam belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadis rasullulah.
Ketika berumur 16 tahun, Imam Bukhari pergi ke Makkah bersama ibunya untuk menunaikan Haji. Imam Bukhari terlalu seronok berada di Makkah sehinggakan dia memanjangkan tempoh lawatan di Makkah untuk membolehkan beliau berguru dengan cendekiawan di Makkah. Pada umur 18 tahun, Imam Bukhari menerbitkan bukunya yang pertama mengenai sahabat-sahabat rasullullah,dan selepas itu buku sejarah bertajuk "Al-Tarikh-al-Kabir".
Antara karyanya,Al Adab Al Mufrad,Al-Tarikh al-Kabir - sejarah besar, lengkap dengan biografi periwayat beserta rating,Al-Tarikh al-Saghir - sejarah kecil
Kematiannya dalam buangan pada malam Aidilfitri dalam tahun 256 Hijrah di Khartank dekat Samarkand.Makam Imam Al-Bukhari terletak 12 kilometer di utara Samarkand.

Al Mujahadah

Disenaraikan sebahagian masjid - masjid yang malamnya bercahaya dengan pengajian berikut:

a) Masjid Batu
b) Masid Ptg Janggus
c) Masjid Bertam
d) Masjid Kilang Lama
e) Masjid Al Barakah
f) Masjid Penghulu Him

SolatTahajjud

Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail.Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.

Tahajjud Sembuhkan Pelbagai PenyakitBerdasarkan kajian Prof Dr Mohammad Sholeh, seorang Psiko-Neuroimunolog / dekan Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Surabaya.Solat tahajjud yang hukum asalnya sunat muakkad ( sunnah yang diutamakan ) dan menjadi amalan orang-orang soleh dahulu sangat memberi manfaat selepas dikaji secara saintifik.Solat ini bukan sahaja amal soleh yang menjadikan manusia terpuji di sisi Allah swt, tetapi juga mempunyai rahsia sebagai salah satu terapi dalam dunia perubatan.Tentu ada yang bertanya, apakah hubungan solat tahajjud dengan kesihatan.Sebenarnya, jika seseorang mengamalkan solat tahajjud dengan khusyuk, pelaksanaannya tepat dan dilakukan secara berterusan, maka akan wujud perubahan dalam diri mereka.Di dalam tubuh manusia terdapat satu sistem yang dikenali dengan imun. Imun ini berfungsi melindungi diri dari pelbagai patogen (parasit yang boleh mendatangkan penyakit) dan toksin (racun). Udara yang dihirup oleh manusia yang kelihatannya bersih sebenarnya mengandungi banyak virus.Seandainya Allah swt tidak mencipta sistem yang dikenali sebagai imun dalam tubuh manusia, manusia sudah meninggal sejak kecil lagi.Sistem imun terdapat 9 bentuk. Antaranya dikenali dalam ilmu perubatan sebagai hormone kortisol, eosinofil, neotrofil, sel-K, basofil, makrofag dan immunoglobulin (IgA, IgM, IgG, IgD dan IgE).Terdapat sel yang dikenali sebagai makrofag, diambil dari kata makro (besar) dan fag (pemakanan). Itu adalah sel yang berfungsi memakan sel lain yang tidak normal. Cara mengeluarkannya dari tubuh bergantung kepada psikologi seseorang.Maksudnya, dalam keadaan jiwa yang tidak tenteram seperti menghadapi anak yang nakal, isteri yang curang atau kerja pejabat yang bertimbun, ekonomi yang gawat menyebabkan seseorang mudah stress atau tertekan. Dalam keadaan seperti itu, jika gambar otak diambil, tekstur akan nampak kacau.Namun sekiranya mengamalkan solat tahajjud dengan khusyuk dan ikhlas, hormon-hormon yang ada dalam tubuh akan bergerak normal dan tenang. Ini kerana ia meletakkan Allah di atas segala-galanya.Jadi jika makrofag tidak seimbang dalam tubuh, maka akan datang bahaya. Malah hal ini menyebabkan tubuh seseorang berpotensi untuk menghidap kanser. Tetapi jika seseorang rajin mendirikan tahajjud, daya tahan tubuh meningkat dan boleh terhindar dari serangan penyakit.Dalam kajian saintifik, peningkatan keimanan mempunyai kesan langsung kepada keadaan tubuh seseorang. Jika imam seseorang meningkat, ia akan sentiasa berfikiran positif dan berprasangka baik. Maka seiring dengan itu, persepsi seseorang itu terhadap kehidupan akan menjadi lebih baik.Teori perubatan menyatakan kalau kortisol naik, maka imunologi turun. Sebab itu, jika seseorang tahajjud dengan baik dan ikhlas, keadaan jiwanya akan tenang dan hormon lain akan menjadi normal. Sebab itu di Barat, anak-anak kurang cerdas biasanya disuntik dengan campuran andrenocorticotropic hormone (ACTH) supaya membantu anak tersebut menjadi cerdik.Tetapi jika kita mengamalkan tahajjud dengan sempurna, secara automatik ACTH naik dan hal tersebut boleh membantu kecerdasan umat Islam.Berdasarkan kaedah perubatan inilah menunjukkan tahajjud menjadikan seseorang memiliki ketahanan yang baik.

Bersolatlah di belakang imam,sebelum anda disolatkan di depan imam..

Adh-Dhuha

[1]
Demi waktu dhuha,
[2]
Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
[3]
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4]
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
[5]
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
[6]
Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
[7]
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
[8]
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
[9]
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
[10]
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
[11]
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.