Demi masa

Sesungguhnya dengan nama Allah,manusia dalam kerugian yang nyata,lihat,kaji dan faham firman Allah dalam surah al'asr surah 103,hanya Allah sahaja yang boleh bersumpah dengan masa dan segala ciptaanNYA,jadi sekiranya manusia melakukan solat,haji,zakat dan puasa,tetapi masih dalam kerugian yang amat nyata kerugiannya,orang yang bersolat pun rugi,yang mengerjakan haji pun rugi,yang berzakat pun rugi,melainkan kepada mereka yang tetap pendirian kepada Allah,beramal soleh lagi taqwa serta berpesan atau bercakap kepada kebenaran yang hak Allah kepada sesama manusia.
Dalam kitab futhul ghaib ada dikhabarkan sheikh Abdul Qadir Al Jilani,manusia itu harus mempunyai hati dan lidah untuk berkata yang benar dan punyai pendirian yang teguh kepada Allah dan hak Allah,jadilah manusia ini,jangan jadi yang ada hati tapi tiada lidah,atau yang tiada keduanya.

Ukurlah tahap Nafsu kita

Setiap manusia dibekalkan nafsu,dan kita sudah pun faham akan tingkatan nafsu yang telah dikhabarkan melalui hadis dan al quran kalamullah.

Andai kita mengdengar sesuatu yang amat tidak elok pada diri dan sesuatu kejadian yang tidak kita kehendaki,lihatlah dan kajilah,adakah waktu itu satu aura kebaikkan atau aura kejahatan yang melanda kita?

Sekiranya kita merasa getaran badan dan dada bergedup laju,anggota empat kerat seolah-olah tidak boleh di kawal,akal memikirkan keburukan,ketahuilah itu aura jahat atau kesyaitanan telah mula meresap ke dalam tubuh kita,tetapi kalau kita menghadapi sesuatu itu dengan tenang,dan secepat kilat hati kita terus kepada Allah,maka fahamilah itu adalah aura kebaikkan,yang datang dari hati yang tenang dan tenteram dengan kehendak Allah.

Maka,dapatlah kita mengukur jua tahap kefahaman kita terhadap Esanya Allah.Adalah lebih baik kita berharap terus dengan Allah daripada berharap kepada manusia.Jauhilah syirik tersembunyi,kerana ianya memusnahkan keimanan kepada Allah.

Di mana kebenaran perasaan kamu..

Apabila kamu dapati di dalam hati kamu perasaan benci atau kasih kepada seseorang,maka periksalah kebenarannya mengikut hadis dan quran.Jika benci itu berbetul dengan kalamNYA dan hadis maka bersukacitalah kamu.
Tetapi jika sebaliknya,ketahuilah bahawa kamu telah pun mengikut hawa nafsumu semata-mata.
Oleh itu kembalilah kamu ke jalan yang benar.
Jika kamu kasih akan seseorang,tetapi di benci oleh quran dan hadis,maka janganlah kamu kasihi kepada orang itu,supaya kamu tidak mengikut hawa nafsumu.Kamu diperintahkan melawan hawa nafsumu atas firmanNYA yang bermaksud: wahai daud,sesungguhnya  kami jadikan kamu khalifah di muka bumu ini,maka berikahlah keputusan di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu turuti hawa nafsumu,kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah,sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat,kerana mereka melupakan hari perhitungan.

Di mana ramadhan anda


Saban waktu,puasa amat dinantikan oleh mereka yang beriman lagi taqwa kepada Allah.Dengan nama Allah yang maha pemurah di negeri duniawi lagi amat penyayang di negeri akhirat,marilah kita renungkan sejenak hal – hal yang berkaitan dengan ibadah yang ketiga ini dalam susunan rukun islam.

Walaupun berada darjah ke tiga dalam rukun,namun ianya adalah penentu dan menjadi kayu ukur pada diri masing – masing,untuk melayakkan diri mengadap yang maha Esa nanti.Di dalam surah maryam ayat 26,firman Allah ‘sesungguhnya aku bernazar kepada tuhan yang maha pengasih untuk berpuasa”.Sejarah telah membuktikan puasa adalah sesuatu yang begitu lama dipraktikkan oleh para nabi dan rasul,sehinggakan nabi Adam a.s pun turut mengalami alam puasa selain dari nabi – nabi yang kita ketahui.Jelas,sebelum datangnya islam yang nyata,puasa sudah menjadi amalan bagi mereka yang beriman lagi taqwa kepada penciptaNYA.Dalil dan nas ini adalah berdasarkan firman Allah dalam surah Al baqarah ayat 183 yang bermaksud ‘ Wahai orang – orang yang beriman kepada Allah,diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sepertimana diperintahkan,diwajibkan kepada kaum yang terdahulu,moga – moga kamu bertaqwa”.Inilah kelebihan yang hakiki,yakni moga – moga kamu bertaqwa.Marilah kita renung,apabila manusia bertaqwa sudah tentu beriman,dan apabila beriman,sudah yakin ianya islam,tetapi kalau islam belum tentu beriman,apatah lagi hendak bertaqwa.Sebelum kita merobak kelebihan yang senang – senang diberikan oleh Allah dalam bulan ramadhan,marilah kita beroleh ketaqwaan yang sebenarnya untuk kita mudah menjejaki malam – malam rahmat yang diciptakan untuk kita sepanjang tempoh puasa.Semoga kita beroleh segulung ijazah daripada universiti al ramadhan akan datang,Insyaallah.



Puasa terbahagi kepada tiga juzuk atau fasa,kita sudah diterangkan dan dikhabarkan,namun sesetengah daripada kita masih mencari – cari dimanakah ramadhan,apakah ramadhan.Janganlah kita bergelut dan bersungguh – sungguh dalam beramalan,namun kita sendiri tidak faham dan tidak kenal maha pencipta.Ibarat membajak ladang,tetapi kita sendiri tidak faham siapakah tuannya,ataupun hanya mendengar khabar angin sahaja akan tuannya,tetapi tidak pula kita ingin mencari,mengkaji dan faham siapa tuan tanah yang kita bajak tersebut,walaupun banyak kelebihan yang kita dapat dari usaha itu,tetapi pokok utamanya ialah dimana hasilnya hendak dipersembahkan atau di kira nilainya.



Puasa yang tertinggi adalah puasa khusus al-khusus yakni menahan hati dari keinginan yang buruk lagi tercela dari memikirkan sesuatu selain daripada Allah secara hakiki. Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat.

Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan dunia yang kepentingannya untuk agama kerana itu termasuk dalam bekalan akhirat dan bukan urusan dunia. Arbab al-Qulub (orang yang prihatin dengan hati mereka) berkata:


Sesiapa yang pada siang Ramadhan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, maka ditulis satu kesalahan, kerana ianya lahir dari sikap kurang percaya kepada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezekinya yang telah dijanjikan. Tahap puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin.

Puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini tidak mungkin dapat dibayangkann dengan perkataan tetapi boleh direalisasikan dengan amalan.

Di tahap ini adalah di tingkatan pertama iaitu puasa yang paling khas. Mereka bukan sahaja menjaga segala perkara yang membatalkan puasa tetapi juga perkara yang boleh membatalkan pahala puasa. Anggota badan turut berpuasa dan hati pula sentiasa berzikir kepada Allah, Antara akhlak bagi mencapai tahap ini ialah menjaga lidah dan mulut. Orang yang berpuasa perlu menjaga lidah daripada bercakap perkara yang sia-sia.



Puasa al-khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan sebarang dosa. Puasa di tahap ini pula adalah di tingkatan kedua iaitu puasa orang khas. Puasa di tahap ini akan cuba memelihara akhlak dan melakukan hal – hal sunat untuk menambahkan lagi kualiti puasanya.

Pada tahap yang ketiga,ialah puasa umum,hanya menahan lapar dan dahaga saja.

Maka,renunglah dan fikirlah dengan mata hati untuk kita bangkitkan,tunjahkan ledakan kehambaan kepada maha pencipta kita.Iman dan aqidah perlu kukuh dan tegap seumpama puluru dari senapang yang dimuntahkan,tetap terus ke hadapan,merobek apa yang ada hingga ke sasarannya.