Fahamkan akan erti pandanganmu

Jika kamu melihat secara syariat maka apa-apa yang kamu pandang itu akan memberi bekas atau kesan kepadamu,tetapi jika kamu pandang dengan mata hatimu maka kamu akan mendapat kesan yang baik dan mendalam lantas kamu akan mengetahui pencipta kamu,dan kamu akan nampak kekuasaan Allah.Maka terhinalah dirimu,sesungguhnya Allah segalanya berkuasa.

Akan hal hatimu

Perhatikan hal hatimu,adakah ia merasa bersalah dengan apa tuntutan Allah terhadapmu?Adakah kamu berasa sedih dan hiba serta hina jika langgar dan melanggari hukum NYA?Jika tiada perasaan itu,maka ketahuilah bahawa hatimu sudah mati sebelum kamu mati.Kembalilah kamu kepada hati yang hidup kepada Allah.

Kenali Nafsumu dan peringkatnya

Nafsu yang menggoda pada anggota syariatmu adalah nafsu yang sering membuat benda yang berlawanan dengan hukum hidupmu sebagai hamba Allah,umpama kamu mengumpat,nafsu yang berada di hati adalah nafsu yang menggoda dan mendorong dan sering kamu bersetuju,tetapi ianya adalah satu penipuan,umpamanya kamu mengaku kamu hebat dalam satu-satu hal,manakala nafsu yang menawan hati dan akal kamu tanpa iman dan taqwa selalunya kamu akan terjebak dengan syirik khafi.

Pandang pandangan dari hatimu keranaNYA

Jika kamu mendengar apa-apa hal daripada manusia,maka selebih baiknya kamu lihatlah kepada yang penuturnya,bukan kepada hukum dan faktanya,kerana di situ kamu dapat mengetahui dan memahami apa yang diucapkannya,samada benar atau palsu.Lihatlah melalui mata hati kamu akan kebenarannya.


Yang ada padamu

Berhati-hatilah dengan apa yang kamu ada,boleh jadi ianya membawa kepada kesyirikkan kepada Allah,tetapkan iman kamu dan ingatan kamu kepada NYA,Matikan nafsu-nafsu yang tidak membawa kepada jalan kebaikkan.Sesungguhnya berperang dengan yang nyata boleh dihindarkan kesyirikkan,tetapi yang kamu sendiri tidak nampak itu menyebabkan tergelincirnya kamu dalam neraka,jagailah anakmu,isterimu,hartamu,pangkatmu,pakaianmu,kenderaanmu,makan minummu,perangaimu,hatimu,jiwamu kepada hak Allah semata-mata.

Benarkah begitu akan dirimu

Ramai di antara kamu hanya mengetahui akan adanya Allah,tetapi berapa ramai pula yang rasa adanya Allah?Kamu melakukan amal,tetapi kamu tidak faham amalan tersebut,kamu tidak rasa nikmatnya setiap suruhan itu.
Kamu percaya hukum itu ada,tetapi kamu mansuhkan mengikut nafsu kamu sendiri.Kamu faham bahawa hudud hukum Allah,tetapi kamu tidak ambil peduli.Adakah kamu tahu bahawa kamu rasa di hati kamu Allah itu tuhanmu?

Kamu yang membezakan fahaman tauhid dirimu

Soal mati,makan minum,kahwin,anak,kejayaan,kesenangan,kamu katakan ianya datang dari Allah,padahal hukum yang menyuruh kamu melaksanakan hudud,kamu nafikan,alangkah malunya selama ini Allah yang memberi segalanya kepadamu,tetapi kamu entengkan seruan Allah.Kamu lebih suka benda yang menyedapkan nafsu kamu.

Kenal wajah akan dirimu {beriman @ taqwa}

Apabila kamu mencapai fahamnya kamu akan kehendak dan hak Allah,serta faham sesungguhnya bahawa kamu kenal diri kamu sendiri,maka beroleh kamu akan pandangan yang akan Allah berikan kepadamu.Bagaimana?Bila kamu sudah tahu dirimu,maka satu pandangan akan diterbitkan kepadamu akan hal-hal manusia mana yang beriman dan mana yang bertaqwa.Nilailah pula dengan dirimu akan wajah-wajah yang berada depanmu untuk tingkatkan kamu dari nafsu yang seterusnya.