Hatimu dan kepuasan

Hendaklah kamu redha dan berpuas hati dengan apa yang ada dan yang diberikan oleh Allah,kerana jika kamu bersikap mengeluh tanpa membalikkan hatimu kepada Allah,maka kamu telah pun tidak puas hati dengan Allah serta kamu telah menilai pemberian Allah kepadamu.

Bersihkan hatimu

Ramai yang berzikir supaya hatinya sentiasa ingatkan maha pencipta,namun kadang kala tidak jua dapat membersihkan hatinya kerana masih lagi tiada jalan dan arah hakikat dalam kehidupannya sebagai orang islam,janganlah kamu membuat sesuatu itu tanpa pelajari,fahami zikir orang syiar,orang syariat,orang tariqat dan orang hakikat.Belajarlah membawa zikir itu sehingga ke hati sehingga nafsu kamu tunduk kepada Allah.Hanya Allah sahaja yang ada serta meredhakan apa yang ada.

Istilah hidup dan hatimu

Hati yang banyak bergantung kepada dunia,maka tidak mampu seseorang itu mencapai puncak yang tinggi,melainkan banyaknya ia mengingati akan Allah,sesungguhnya tercapai peluangnya dengan izinNYA.

Perhatikan sekelilingmu dengan mata hati

Pabila datang kepadamu hati-hati yang tiada Allah di dalamnya dada seseorang itu,maka apa-apa yang dipertuturkan,oleh itu kamu memohonlah keampunan kepada Allah,supaya kamu tidak terjebak dan memohon keampunan bagi orang dan hati tersebut.Janganlah kamu memberi apa-apa tindakbalas terhadap jiwanya,kerana akan merosakan iman kamu.

Pesan dirimu untuk hatimu

Banyak pengajaran yang Allah berikan kepada hambanya,namun sedikit sahaja yang membetulkan perjalanannya kembali kepada Allah,kerana yang membetulkan kembali jalannya hanyalah orang-orang yang lembut hatinya kepada Allah dan hati yang tidak mati kepada Allah serta mereka mempunyai mata hati.

Katakan itu hak Allah

Bilamana kamu berdoa janganlah kamu mengatakan doamu lambat diperkenankan.Sedangkan kamu tahu bahawa hanya Allah sahaja tempat berdoa dan meminta.Fahamlah kamu bahawa kamu adalah hambaNYA,kerana tiap-tiap yang hamba wajib faham bahawa dirinya hamba kepadaNYA.
Jika kamu mengeluh,maka kamu sudah ada tanda kufur dan kafir.Kerana kamu telah mengganggu urusan Allah.

Nilaikan diri dan hatimu

Sebagai insan,renungkan apa yang ada pada dirimu,setelah itu kamu fahamlah bahawa dirimu tiada yang kekal,jadi ambillah apa yang tiada,maka buanglah apa yang ada.

Perintahkan dirimu dan hatimu

Faham dan perintahlah akan dirimu supaya menyerahkan segala-galanya kepada Allah,mantapkan,penuhkan dalam hatimu hanya Allah,dan larikan,buangkan nafsu badaniah kamu dari hati kamu.Jagalah hatimu suapaya tiada lagi kembali nafsu badaniah itu,maka kamu akan beroleh kebaikkan dan ianya akan mendekatkan kamu kepadaNYA.

Faham dan kenal akal beserta hatimu

Sabda nabi muhamad S.A.W. akan hal berkaitan kemiskinan membawa kepada kekufuran itu membawa erti yang amat mendalam,jika kamu membawa kepada fekah maka kamu akan bergelut untuk tidak jadi insan yang miskin di duniawi,itu benar,jika kamu balikkan kepada tassauwuf maka kamu menjadi miskin bilamana kamu tidak merendahkan dirimu kepada Allah,masih pada nafsu yang ke bawah,dan kamu masih belum berjalan sesama manusia dengan sifat terpuji,itu benar,jika kamu memahami secara ketauhidan,maka kamu miskin jika kamu tidak mendapat rahmat dan pertolongan dari Allah.

Akan doamu

Apabila Allah memperkenankan doa akan hambanya,maka Allah telah pun mengetahui akan hal tersebut,maka hanya tunggu saatnya Allah memberikan kepadamu.Maknanya Allah sentiasa melihat kamu,bahkan kamu yang salalu lupa dalam perjalananmu bahawa Allah memerhatimu.